Saturday, March 13, 2010

Jatuh CINTA.. dan lagi.. dan lagi..


Mungkin ini tandanya jatuh CINTA... ♥ ♥ ♥

1
Saya rasa dia sungguh istimewa
berbanding orang lain yang pernah saya temui. Ada sesuatu ingin saya terokai tentang dia Setiap hari rasa sangat bersemangat untuk ke sekolah.... (^__^) Sekolahku Syurgaku.. Hehe.. ;p

2
Teringat si dia dia dan dia, saya tersenyum-senyum sendirian Dia dia dan dia sangat comel.. kan.. kan.. (^__^)

3 Secara sembunyi, saya suke memandang si dia dia dan dia.. Aksi dia dia dan dia buat saya ketawa.. Alahai comelnye dia dia dan dia.. (^__^)

4 Apabila pandangan mata bertaut, jantung saya berdengup kencang.. Manisnye si dia dia dan dia.. (^__^)

5 Saya suke berada dekat dengan si dia dia dan dia.. Seboleh-boleh tidak mahu dia dia dan dia hilang daripada pandangan mata.. :)

6 Saya gemar mengelamun dan jadi kaki berangan.. Bukan apa, selalu pikir nak ajar ape pada dia dia dan dia agaknye esk??

7
Diari saya banyak berkisar tulisan tentang dia, dia dan dia........

8 Kalau dulu saya gemar mendengar lagu-lagu rancak... Namun sejak kebelakangan ini bertukar kepada lagu-lagu berentak sentimental.... Banyak sudah saya menyimpan dan mendownload lagu-lagu prasekolah.. haha.... ;p Teruja betul bila time kelas Muzik.. I like it!! ♥ ♥ ♥

9 Apabila menyentuh penampilan diri, saya jadi cerewet.. Kalau boleh saya tidak mahu dia dia dan dia melihat saya selekeh ataupun kelihatan tidak cantik.. Saya juga sentiasa harum semerbak.. hehe.. ;p

10 Saya hilang selera makan.. Lapar pun tidak terasa.. Bukan pe.. Sekolah baru ni makanan kat kantin kurang menerujakan +++ mahal plak 2.. huhu.. :( Cian saya... kan... kan... kan...

11 Saya berusaha mendekati sahabatnya... Mahu mencuri jalan agar dapat mendekatinya....
♥ ♥ ♥

12 Walaupun teman saya membuat lawak jenaka, tumpuan hanya pada si dia dia dan dia....... Comelnye aksi dia dia dan dia ketawa....


13 Saya akan menyimpan Sistem Pesanan Ringkas daripadanya, walaupun hanya sebaris kata.... Jika sms daripada kawan-kawan lain saya akan segera membuangnya tetapi tidak dia dia dan dia.... (=__=") "Cikgu Cantik..", "Cikgu Garang..", "Cikgu Comellah Hari Nie..." oh... tidak... jadi cikgu perasan plak saya.. ;p

14 Walaupun hati saya teruja untuk mendekati si dia dia dan dia, tetapi apabila dia dia dan dia depan mata saya buat endah tak endah.. Tetapi apabila dia dia dan dia tiada di depan mata, saya mencarinya... Takut-takut dia dia dan dia buat aksi2 yang x sepatutnya.... "Cikgu.. Hanan main air kat tandas cikgu!!!!" oh tidak!!!!

15 Selain senang mengelamun, saya jadi tidak senang apabila melihat dia dia dan dia bersama orang lain.... Saya jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnya dengan pandangan benci, menyampah.... Tak baik tau buat begitu pada anak-anak istimewa saya.. Baaaabab nanti!!!!

16 Setia menanti si dia dia dan dia menghubungi saya... Walaupun si dia dia dan dia tidak pernah berjanji.... Hendak memulakannya saya malu.... (=__=")

17 Jika sebelum ini saya tidak gemarkan sesuatu perkara, tapi gara-gara si dia dia dan dia saya jadi suka... Saya dah mula gemar memasak... Saya dah mula gemar bersukan dengan dia dia dan dia... Haha.. Jadi "Cikgu Hyperaktif" plak saya.. Alahai.. ;p

18 Mulut saya hanya mengatakan murid atau pelajar, tetapi dalam hati menjerit lain... "Dia anak-anak istimewa kesayangan saya!!!" Ketika itu saya berazam membuang rasa sayang pada dia dia dan dia... Tetapi sayangnya saya sebenarnya benar-benar telah jatuh cinta... dan lagi... dan lagi... pada dia dia dan dia...
♥ ♥ ♥

19 Saya juga gemar membaca novel-novel cinta... Dan membayangkan percintaan indah itu adalah saya dan si dia dia dan dia....
♥ ♥ ♥

20 Mencatat tarikh pertemuan, isi perbualan, dan segala perihal dirinya dalam diari.. "Buat rujukan masa hadapan..." :)

Cuti Sekolah dah bermula.. Pasti rindu saya pada dia dia dan dia mengebu-gebu.. Alahai.. Rindu saya pada aksi2 mereka anak-anak istimewa.. Happy Holiday kawan-kawan.. JoOm jalan-jalan!!

1 comments:

Anonymous said...

itu dia istimewanya mereka yg teristimewa....mahupun mereka jauh beza drpd manusia lain namun mereka mempunyai hati yg tulus..apabila kita tenung dlm ke mata mereka timbul satu perasaan yg begitu tharu dan insaf..itu dia mata mereka yg dselubungi dgn Nur...itu lah mereka yg sentiasa dilindungi Allah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails