Saturday, June 19, 2010

~~Dia tetap dalam ingatan..♥

Saya sayang dia.. Tapi dia sudah tiada..
Dia akan tetap kekal dalam ingatan saya..
Tuhan.. moga rohnya tenang di sana..
Aminnnn.. Al-Fatihah..

Wednesday, June 16, 2010

Student2 Zaman Sekarang.. Alahai..

Bila cgu tiada dlm klas :

Bila cgu panggil :

Bila kena hadiri kokurikulum :

Bila waktu rehat :

Bila dapat omwprk dari cgu :

Bila tengah cari idea untuk wat krgn :

Bila omwork yang cgu bagi susah nak buat :

Bila otak jam... :

Bila mber banyak songeh dan berlagak pandai :

Bila mber tukar fikiran saat akhir :

Bila cgu suruh stdy lebih masa :

Cgu suruh datang skola waktu cuti ada tuisyen 'urgent' :

Bila dah terbuat silap pada omwork yang cgu bagi :

Bila omwork disiapkan dengan jayanya :

Bila omwork gagal :

Bila dapat CUTI : HAPPENING!!!



Tuesday, April 27, 2010

Kaaaacccaaaaang....!! Kaaaacccaaaaang.....!! 50sen.......!!

Kaaaacccaaaaang....!! Kaaaacccaaaaang.....!! 50sen.......!!
Kaaaacccaaaaang....!! Kaaaacccaaaaang.....!!
Kamu2 nak beli???? Hihi.. Meh la dtg URESS!! (^__^)

Minggu ni untuk kelas KH, Cikgu Chah & Cikgu Zimah dah sepakat nak buat satu lagi Projek Khas untuk PPKI.. Nak buat jualan kerepek dan kacang.. Crunchy!! Crunchy sumenye!!
Opss.. lupe lak nak g tau.. Kamu2 yang nak datang URESS nak beli kacang2, jgn dtg hari ni.. dtgla esk2.. hehe.. Kacang2 dah habis.. Laku betul jual kacang2 kat URESS ni.. lambat je datang beli, jawabnye habisla..

Haaa.. tapi jangan risau.. Esk kami2 nak packing dah ubi kerepek ngan kacang2 utk jualan.. Jangan lambat k.. Lambat dtg beli salah sape?? hehe.. Lu pikir la sendiri!! Heh!! ;p

Meh tengok gelagat cikgu2 & anak2 murid yang acting sibuk membungkus kerepek.. haha..


GBKK2 (Geng Bungkus Kerepek & Kacang2) Cikgu Chah & Cikgu Zimah.. owh.. nape Cikgu Zimah xde dalam gambar ni.. huhu..


Owh.. Cikgu Chah yang sangat rajin & berdedikasi.. ;p


Owh.. Cikgu Zimah lagi sangat rajin dan lagi berdedikasi.. hehe.. ;p


Ramainye peminat Cikgu Zimah.. ;p


Murid2 Cikgu Chah & Cikgu Zimah pun sangatla rajin.. 
bagus anak2.. Ni yang Cikgu Chah & Cikgu Zimah sayang ni..


Murid2 & Cikgu Chah yang sibuk membungkus kerepek & kacang.. 
Mana Cikgu Zimah?? Haha.. Cikgu Zimah sibuk mengular.. ish2.. 
Nak kena baabab ni Cikgu Zimah ni!! ;p


"Cikgu Chah.. Ni ada banyak lagi kekacang nak kena bungkus.." Hehe.. ;p


Haa.. bagus Cikgu Chah ni.. Bersungguh2 ajar anak murid jadi usahawan berjaya..
Moga Izha jadi usahawan berjaya suatu hari kelak.. Amin..


Kami2 dah bersedia nak g menjual..
Kaaaacccaaaaang....!! Kaaaacccaaaaang.....!! 50sen.......!!
Rugi sape x beli.. kan.. kan.. (^__^)


2, 3 Kacang Kacang.. Mana nak sama si Kerepek..
2, 3 boleh kamu beli.. Mana nak sama Kacang Kacang kami yang SEDAP!! hihi.. ;p

Orait.. Jumpe lagi kelas akan datang.. Banyak lagi Projek Khas KH utk PPKI URESS.. Kamu2 nak tau ape dia.. Rajin2la singgah blog ni k.. Singgah sekali blog E-Shop kami.. Tanda sokongan anda pada kami2 Cikgu2 Pendidikan Khas & Anak-anak Istimewa kami.. TQ very much.. We LUV u all.. (^__^)


Friday, April 16, 2010

JoOm la menyinggah E-Shop saya.. (^__^)

Kawan2.. Jemputla datang E-Shop saya..
Bagi support kat kami2 untuk Projek Khas PPKI URESS
@ SMK Undang Rembau..
Setiap pembelian anda RM1 akan disalurkan ke tabung PPKI URESS..
Sokongan anda amat d perlukan.. (^__^)

Ada banyak shawls cantek2 kat sana..
After this nak letak macam2 lagi..
Jadi kamu2 yang manis2 kena rajin2 datang blog CPS..
Datang jangan x datang k!!
(^________^)


Sape x suke dapat Award... Kan?? ;p

Sape x suke dapat Award kan?? hehe.. 1st time dapat Award.. owh sangatlah berbangga menerimanya.. thanks mama+norma.. saya sangatlah gumbira ++ jakun sket.. haha.. ;p

 
 Cantikkan Award ni?? Tau ramai yang berkenan.. kan.. kan.. ;p

Nak dapat Award ni ada syaratnya.. wuuu.. siap bersyarat2.. hehe.. but syaratnya senang je..

1. THANKS AND LINKS THAT THE PERSON GIVE YOU THE AWARD

Dear mama+norma cayunk.. Thanks a lot dear coz give me the Award.. Arigato!! Syukran!! Toce.. toce!! Trimas!! hehe.. Sayang kamu!!

2. PASS THE AWARD ON TO THE 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC

Wuuuuu.. sapekah yang bertuah agak2nye?? Hehe.. Actually saya orang baru dalam berblogging ni.. belum ramai kawan2 blogger.. puas dah pilih2.. kirenya blog yang dapat Award ni daripada saya memangla sangat bertuah.. hehe..

Orang2 ++ Blog2 yang bertuah:

1. Ben Ashaari (fav blog neh.. suke sangat baca bebelan Ben.. Hihi..)
2. Uncle (banyak ceta2 best kat blog Uncle.. lemak berkrim gitu.. x caye?? x caye korang bole la menyinggah..)
3. pinklurve (blog ni meriah!! suke!!)
4. Princess Liyana (tuan blog ni comel.. tapi dah berpunye ye.. ;p)
5. Diana Nabila (tuan blog ni pun cute.. tapi macam biasala.. org cute2 ni selalunye dah berpunye.. Hihi..)
6. farenova (banyak info2 menarik kat blog ni.. thanks ye farenova atas info2 berguna..)
7. Kak Khairun (memang banyak info2 yang bagus2 kat blog Kak Khairun.. best!!)
8. Cikgu Muny (baru je melawat blog ni.. best.. saya sukela.. (^__^) nanti leh share2 ceta dengan Cikgu Muny plak k..)


Haish.. ada 8 je blog yang saya dapat bagi Award ni.. lagi 7 x tau la nak letak blog sape lagi.. huhu.. tapui xpe, nanti saya rajin2kan diri ni wat blogwalking.. kot sempat.. hehe.. alasan je tu.. alahai.. ;p OK.. bagi sesape yang nak saya wat blogwalking kat blog dia, sila tinggalkan jejak anda kat chatbox saya.. senang2 nanti saya datang melawat k.. (^__^) So ada peluang lagi kamu2 untuk dapatkan Award ni.. hehe..

9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD

OK.. tgh calling2 mereka2..

4. STATE 7 THINGS ABOUT YOUSELF

Nasib baik ada 7 je.. hehe.. ni rahsia, kalau kamu2 dah tau rahsia ni jangan bagitau orang lain tau.. RAHSIA KITA.. hihi.. ;p

1.I Luv My Nenek yang comel.. hihi.. really Luv her.. muah2..
2. I Luv My Mum & My Dad forever..
3. I Luv My Bucuk: Mia, Fatin, Man, Aji & Ami.. comel sangat.. hihi..
4. I Luv My Job.. teaching.. teaching.. & teaching.. It's FUN!!
5. I Luv shopping.. hihi.. SHOPAHOLICSSSSS!!
6. I Luv My Bestfren: Rose, Elis, Echah, Ezza, Norma, Na, Zinn, Aza.. wuuu.. ramai rupenye bestfren saya.. Saya sayang kamu semua!!
7. Akhir sekali.. sudah semestinye saya sayangkan anak2 istimewa saya..

 Gambar gumbira dapat Award.. hihi.. Senyum lebar lagi.. (^__^)

Orait.. habis sudah akhirnye menjawab soklan2 cepu emas d atas.. hihi.. Penerima2 Award bole la menjawab soklan2 cepu emas ni sesedap hati dan rasa kalian.. hehe.. Papai..

Sunday, April 4, 2010

++Buat Sandwich dengan Jayanye!! Yeay!! Yeay!!

Cerita basi.. haha.. sorila ye x cukup masa nak update blog.. bukan x nak share cerita dengan kamu2.. OK.. nak cerita pasal 1st kelas masakan Cikgu Zimah & Cikgu Chah yang sangat berjaya.. haha.. pasanla 2.. akhirnye berjaya jugak wat sandwich sardin & sandwich telur dengan student2 kelas 3 & 4.. Masing2 punye excited x yah cetala.. x sabar2 masing2 nak wat sandwich.. tu baru kisah nak wat sandwich je, belum ceta kisah x sabar2nye masing2 nak makan sandwich buatan sendiri.. ish2.. sabar anak2.. sume dapat..

Nak ceta pasal Cikgu Zimah & Cikgu Chah yang wat preparation utk kelas masakan plak.. Kami2 berdua ni takut je sandwich yang student2 buat ni x habis.. huhu.. jadi Cikgu Azimah & Cikgu Chah dah sepakat beli 6 buku roti yang panjang 2 je.. jangan lebih2.. kang x habis wat rugi je.. hehe.. x sangka plak habis licin licau sandwich budak2 ni kejakan.. ish2.. sedap sangat ke?? itu kena tanye sendiri dengan mereka2la ye.. hehe..

Haaa.. nak g tau, chef untuk masak sardin & telur dadar ialah Cikgu Chah.. Cikgu Zimah x pandai masak.. hahahaha.. Cikgu Zimah sediakan bahan2 je.. baguskan.. hehe.. Kami x masak kat sekolah bukan pe, takut x sempat plak nak sediakan sandwich 2 sebelum rehat.. jadi Cikgu Chah masak siap2 kat rumah.. memang sedap Cikgu Chah masak.. cayalaaa... (^__^)

OK.. sempat lagi snap gambar student2 kelas 3 & 4 yang excited belajar wat sandwich.. layanzzzzz joOm...


Cikgu Chah memang berbakat bab memasak sampaila ke
bab penyediaan makanan.. haha.. Cikgu Zimah tolong tengok.. ish2.. ;p


Haa.. yang ni Ijam.. comelkan.. peace Ijam!!
pandaila Ijam wat sandwich.. cikgu nak sket bole??


Tiga Bujang Lapok.. hehe.. Shahril, Zikrie & Idham..
happynye mereka dapat belajar wat sandwich dengan Cikgu Chah..


Erk.. sampai terlelap budak Roslan ni tunggu nak
makan sandwich.. haha.. macam2 pangai budak2 ni..


Ijam ni x sudah2 dengan peacenye.. lapar ke?? sabarla ye..


Zafran & Yusuf ni pun dah muka lapar.. alahai.. cian..
Cikgu Chah bila bole makan ni?? Cikgu Zimah pun dah lapar.. haha..


Memang btl2 sedap sandwich Cikgu Chah wat.. Yummy!! Yummy!! nanti leh lah wat lagi ye Cikgu Chah.. Alhamdulillah kenyang perut Cikgu Zimah.. senang ati ni.. hehe.. Korang2 ada apa2 idea x nak bagi untuk kelas masakan Cikgu Chah & Cikgu Zimah?? nanti g tau la ye.. (^__^)

P/S: Jangan lupe klik kat Ukhwah.com Top Blog..
bagi support sket kat blog Cikgu Zimah..
Thanks sangat2 sebab sudi meluangkan masa
baca ceta2 kat blog saya.. Sayang kamu!! ♥ ♥ ♥

Friday, April 2, 2010

++Burung Unta.. Osterit!!!!

Teringatkan CT yang x henti2 cakap pasal Burung Unta yang disebutnye Osterit.. hehe.. Rindu plak kat CT.. huhu.. dulu2 kalo jumpe je mesti x sudah2 dia cakap pasal Burung Unta yang dipanggilnye Osterit.. "Cikgu, Burung Unta... Osterit!!" haha.. puasla cikgunye ni betulkan sebutan CT, x mau juga jadi sebutan Ostrich.. hehe.. alahai CT.. pagi2 dah wat cikgunye gelak besar.. warna warni betulla hidup bila jumpe ngan CT ni.. ada je keletahnye yang wat cikgunye x kering gusi ketawa.. (^__^)

CT suke sangat dengan Ostrich ni.. (^__^)
.
Cikgunye si CT plak takut dengan Ostrich ni.. Besar sangat.. Takut Ostrich geget.. huhu..

Nak kenal CT x?? Ni la CT.. c
utekan?? (^__^)

Nak tahu apa istimewanya CT??


CT di klasifikasikan doktor sebagai kanak-kanak autisme.. Apa agaknye autisme eh?? Mungkin ramai yang x tahu.. jadi hari ni nak share info mengenai autisme & tips mendidik anak-anak autisme..

♥ Gambar adalah bahasa saya..

Kebanyakkan pengidap autisme adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar2 adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Contohnya, untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru haruslah mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri kepada mereka..

♥ Pendekkan arahan..

Mudahkan arahan. Kanak2 autisme memiliki masalah dalam mengingat semula satu2 arahan yang panjang. Sekiranya kanak2 tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak2 autisme juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda..

Bakat melukis..

Kebanyakkan kanak2 autisme berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar..

Keasyikan / Obses..

Kebanyakan kanak2 autisme taksub/asyik kepada satu2 perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau membaca peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan..

Pendekatan Visual yang Konkrit..

Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz..

♥ Masalah Motor Tangan..

Kebanyakkan kanak2 autisme memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana, mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak2 tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih mudah...lagi pula zaman dah berubah..

Fonik dan Ingatan..

Sesetengah kanak2 autisme lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak2 yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar kerana perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak2 tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’..


Kali pertama jumpa CT, CT terus tanya nama saya.. "Nama cikgu siapa??" tanpa berkelip mata pandang saya.. jawab saya "Nama cikgu Norazimah MDN*..." CT boleh ingat nama saya je.. nama ayah selalu aje CT lupe dan tanye berulangkali.. hehe.. panjang sangat nama ayah cikgu.. kawan2 pun ada yang lupe nama ayah cikgu.. inikan pula CT.. (^__^)

Wednesday, March 17, 2010

Cinta ♥ saya CINTA BIASA, Cinta ♥ mereka CINTA LUAR BIASA, Cinta ♥ Dia CINTA SEMPURNA ♥ ♥ ♥

Hari ni nak cerita pasal CINTA.. hahaha.. dah xde ceta lain dah dia ni.. Tiap2 kali posting pun mesti ceta dia ceta bab cinta.. Jadi CHEKGU CHENTA plak dia.. ok.. ok.. len kali saya akan cube elak cerita pasal cinta ni.. Almaklumla orang tengah berlajar bercinta.. Memang ginila tabiatnya.. Asyik angau tak sudah2.. hihi.. Bercinta ni memangla best.. Betul x kawan2?? Saya pun suke bercinta.. haha.. alahai gedik bunyinye.. wek2.. nak muntah.. ;p Ok NEXT!!

I HAVE A BIG HEART!! V(^__~")V

♥ CINTA BIASA ♥

Saya jumpe CINTA BIASA saya kat sekolah.. Hari2 jumpe.. Hari2 gaduh.. Hari2 merajuk.. Sekarang x jumpe saya jadi rindu.. Rindu sangat.. Rindu nak jumpe.. Rindu nak gaduh2.. Rindu nak merajuk.. Ah.. Ngadanye saya.. Bila jumpe gaduh2.. ngajuk2.. Padan muke saya.. (=__=") Tapi saya rindu.. Bila jumpe CINTA BIASA saya selalu gembira.. Hari2 saya ceria.. Hari2 saya penuh semangat.. Hari2 saya penuh warna warni macam pelangi.. CINTA BIASA saya sangat suke menyanyi.. sangat suke belajar ABC.. sangat suke menari.. saya pun suke.. suke bila CINTA BIASA saya sudah pandai menyanyi.. sudah pandai ABC.. gembira dan bersyukurnya saya.. (^__^) Alhamdulillah Ya Allah sudah berhasil usaha saya walaupun sedikit..

♥ CINTA LUAR BIASA ♥

CINTA saya tak sehebat CINTA mereka.. CINTA mereka CINTA LUAR BIASA.. Seawal pagi bangun dari tidur buatkan sarapan untuk CINTA LUAR BIASA.. Hari2 mandikan.. Hari2 siap pakaikan baju.. Hari2 hantarkan CINTA LUAR BIASA pergi ke sekolah.. Hari2 layankan CINTA LUAR BIASA yang kadang2 x tentu perangainya.. Kadang2 menangis.. Kadang2 ketawa.. Kadang2 menyanyi.. Kadang2 minta perhatian daripada mereka.. Hebat bukan CINTA LUAR BIASA mereka.. Mereka tidak akan membiarkan CINTA LUAR BIASA terluka sedikit pun.. Sanggup berkorban apa sahaja seumur hidup bersama CINTA LUAR BIASA tanpa mengharapkan balasan.. Saya juga ingin punya rasa CINTA LUAR BIASA seperti mereka..

♥ CINTA SEMPURNA ♥

Namun, sehebat mana CINTA BIASA ku.. Sehebat mana CINTA LUAR BIASA mereka.. Cinta Dia CINTA SEMPURNA.. Kerana setiap saat tanpa jemu memberi CINTA.. CINTA paling murni dari Allah untuk hamba-Nya.. Dia yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memberi dan terus memberi kepada hamba-Nya.. --<@


"Aku CINTA & RINDU pada-Mu Ya Allah.."

Sunday, March 14, 2010

~~Budak2 jawab exam..aku pulak sibuk berfacebook..ish2.. ;p

Minggu ni tempat tuisyen yang aku mengajar wat exam... Student2 aku macam biasa bila nak jawab exam math je mesti masing-masing macam cacing kepanasan.. hehe... geli ati aku tengok gelagat dia orang.. padahal aku wat exam xde pun suruh duduk jarak2.. malas nak skema2 sangat.. haha.. 2 pun x pandai nak cover bila meniru.. aduhai.. dah bagi peluang meniru, janganla terang-terangan sangat meniru 2.. siap bisik2 dengan kawan sebelah.. nak kata soalan math yang aku bagi susah, x jugak.. biasa2 aje.. then macam biasa la stundent2 mesti cakap gini "Cikgu memang la cakap senang sebab cikgu, cikgu.." hahaha... aku pun jawab balik "Kalo saya bagi soalan senang, 2 bukan exam namanye!!"

Sambil-sambil jaga bebudak ni exam macam2 keja aku wat.. dan yang paling melampau

"Budak2 jawab exam..aku pulak sibuk berfacebook..ish2.. ;p"


hahaha.. jangan tiru macam saya ye bakal2 guru atau pun memang anda guru.. Memang sangat x patut wat perangai camni.. tapi cam biasa aku ni memangla cikgu selamba ++ rock aje.. hahahaha... meh tengok gelagat student2 aku yang sempat aku candid... baik punya....

Tengok tu main gurau2 plak dia.. Ish ni yang nak kena sekeh ni..

Pening ye jawab soalan math tu.. ish2 ni mesti x study ni.. kan cikgu dah pesan suh study.. x dapat jawab salah sape?? salah diri sendiri.. ish3... kan x pasal2 dah kena migrain...

Bagus James Bond sorang ni.. maintain ++ cool je jawab soalan math aku bagi... Ni bakal2 dapat 100% ni... Hopefully... :)

Haaa... kira jangan x kira... senang je 2... ingat formula cikgu bagi sure leh jawab...

Pelajar perempuan mmg bagus2 sumenye... x tahu pun buat2 tahu.. hehe... mcm2 pangai korang ni... x tau x fhm tanyela cikgu syg oiiii... ni duk diam terkebil2 wat pe... ish2..

"OK... buat betul2 ye murid2... cikgu nak buat keja ni.... Jangan meniru ye..." Cikgu dia nak layan FB jap... hihihihihihihi... cikgu dia ni nak kena baabab ni.... ;p

Aiiiseh... Baru je cikgu dia nak fokus kat FB, budak2 ni dah mula buat aksi2 terlampau.. Mula la 2 nak meniru, nak bincang2, nak discuss2... ish3..............

OK sampai sini dulu... nak tanda kertas exam yang berlambak-lambak ni... huhuhu.... sapela agaknye si baik hati yang sudi membantu??

Saturday, March 13, 2010

Jatuh CINTA.. dan lagi.. dan lagi..


Mungkin ini tandanya jatuh CINTA... ♥ ♥ ♥

1
Saya rasa dia sungguh istimewa
berbanding orang lain yang pernah saya temui. Ada sesuatu ingin saya terokai tentang dia Setiap hari rasa sangat bersemangat untuk ke sekolah.... (^__^) Sekolahku Syurgaku.. Hehe.. ;p

2
Teringat si dia dia dan dia, saya tersenyum-senyum sendirian Dia dia dan dia sangat comel.. kan.. kan.. (^__^)

3 Secara sembunyi, saya suke memandang si dia dia dan dia.. Aksi dia dia dan dia buat saya ketawa.. Alahai comelnye dia dia dan dia.. (^__^)

4 Apabila pandangan mata bertaut, jantung saya berdengup kencang.. Manisnye si dia dia dan dia.. (^__^)

5 Saya suke berada dekat dengan si dia dia dan dia.. Seboleh-boleh tidak mahu dia dia dan dia hilang daripada pandangan mata.. :)

6 Saya gemar mengelamun dan jadi kaki berangan.. Bukan apa, selalu pikir nak ajar ape pada dia dia dan dia agaknye esk??

7
Diari saya banyak berkisar tulisan tentang dia, dia dan dia........

8 Kalau dulu saya gemar mendengar lagu-lagu rancak... Namun sejak kebelakangan ini bertukar kepada lagu-lagu berentak sentimental.... Banyak sudah saya menyimpan dan mendownload lagu-lagu prasekolah.. haha.... ;p Teruja betul bila time kelas Muzik.. I like it!! ♥ ♥ ♥

9 Apabila menyentuh penampilan diri, saya jadi cerewet.. Kalau boleh saya tidak mahu dia dia dan dia melihat saya selekeh ataupun kelihatan tidak cantik.. Saya juga sentiasa harum semerbak.. hehe.. ;p

10 Saya hilang selera makan.. Lapar pun tidak terasa.. Bukan pe.. Sekolah baru ni makanan kat kantin kurang menerujakan +++ mahal plak 2.. huhu.. :( Cian saya... kan... kan... kan...

11 Saya berusaha mendekati sahabatnya... Mahu mencuri jalan agar dapat mendekatinya....
♥ ♥ ♥

12 Walaupun teman saya membuat lawak jenaka, tumpuan hanya pada si dia dia dan dia....... Comelnye aksi dia dia dan dia ketawa....


13 Saya akan menyimpan Sistem Pesanan Ringkas daripadanya, walaupun hanya sebaris kata.... Jika sms daripada kawan-kawan lain saya akan segera membuangnya tetapi tidak dia dia dan dia.... (=__=") "Cikgu Cantik..", "Cikgu Garang..", "Cikgu Comellah Hari Nie..." oh... tidak... jadi cikgu perasan plak saya.. ;p

14 Walaupun hati saya teruja untuk mendekati si dia dia dan dia, tetapi apabila dia dia dan dia depan mata saya buat endah tak endah.. Tetapi apabila dia dia dan dia tiada di depan mata, saya mencarinya... Takut-takut dia dia dan dia buat aksi2 yang x sepatutnya.... "Cikgu.. Hanan main air kat tandas cikgu!!!!" oh tidak!!!!

15 Selain senang mengelamun, saya jadi tidak senang apabila melihat dia dia dan dia bersama orang lain.... Saya jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnya dengan pandangan benci, menyampah.... Tak baik tau buat begitu pada anak-anak istimewa saya.. Baaaabab nanti!!!!

16 Setia menanti si dia dia dan dia menghubungi saya... Walaupun si dia dia dan dia tidak pernah berjanji.... Hendak memulakannya saya malu.... (=__=")

17 Jika sebelum ini saya tidak gemarkan sesuatu perkara, tapi gara-gara si dia dia dan dia saya jadi suka... Saya dah mula gemar memasak... Saya dah mula gemar bersukan dengan dia dia dan dia... Haha.. Jadi "Cikgu Hyperaktif" plak saya.. Alahai.. ;p

18 Mulut saya hanya mengatakan murid atau pelajar, tetapi dalam hati menjerit lain... "Dia anak-anak istimewa kesayangan saya!!!" Ketika itu saya berazam membuang rasa sayang pada dia dia dan dia... Tetapi sayangnya saya sebenarnya benar-benar telah jatuh cinta... dan lagi... dan lagi... pada dia dia dan dia...
♥ ♥ ♥

19 Saya juga gemar membaca novel-novel cinta... Dan membayangkan percintaan indah itu adalah saya dan si dia dia dan dia....
♥ ♥ ♥

20 Mencatat tarikh pertemuan, isi perbualan, dan segala perihal dirinya dalam diari.. "Buat rujukan masa hadapan..." :)

Cuti Sekolah dah bermula.. Pasti rindu saya pada dia dia dan dia mengebu-gebu.. Alahai.. Rindu saya pada aksi2 mereka anak-anak istimewa.. Happy Holiday kawan-kawan.. JoOm jalan-jalan!!
Related Posts with Thumbnails