Friday, April 2, 2010

++Burung Unta.. Osterit!!!!

Teringatkan CT yang x henti2 cakap pasal Burung Unta yang disebutnye Osterit.. hehe.. Rindu plak kat CT.. huhu.. dulu2 kalo jumpe je mesti x sudah2 dia cakap pasal Burung Unta yang dipanggilnye Osterit.. "Cikgu, Burung Unta... Osterit!!" haha.. puasla cikgunye ni betulkan sebutan CT, x mau juga jadi sebutan Ostrich.. hehe.. alahai CT.. pagi2 dah wat cikgunye gelak besar.. warna warni betulla hidup bila jumpe ngan CT ni.. ada je keletahnye yang wat cikgunye x kering gusi ketawa.. (^__^)

CT suke sangat dengan Ostrich ni.. (^__^)
.
Cikgunye si CT plak takut dengan Ostrich ni.. Besar sangat.. Takut Ostrich geget.. huhu..

Nak kenal CT x?? Ni la CT.. c
utekan?? (^__^)

Nak tahu apa istimewanya CT??


CT di klasifikasikan doktor sebagai kanak-kanak autisme.. Apa agaknye autisme eh?? Mungkin ramai yang x tahu.. jadi hari ni nak share info mengenai autisme & tips mendidik anak-anak autisme..

♥ Gambar adalah bahasa saya..

Kebanyakkan pengidap autisme adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar2 adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Contohnya, untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru haruslah mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri kepada mereka..

♥ Pendekkan arahan..

Mudahkan arahan. Kanak2 autisme memiliki masalah dalam mengingat semula satu2 arahan yang panjang. Sekiranya kanak2 tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak2 autisme juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda..

Bakat melukis..

Kebanyakkan kanak2 autisme berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar..

Keasyikan / Obses..

Kebanyakan kanak2 autisme taksub/asyik kepada satu2 perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau membaca peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan..

Pendekatan Visual yang Konkrit..

Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz..

♥ Masalah Motor Tangan..

Kebanyakkan kanak2 autisme memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana, mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak2 tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih mudah...lagi pula zaman dah berubah..

Fonik dan Ingatan..

Sesetengah kanak2 autisme lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak2 yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar kerana perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar. Apabila mengajar kata nama, kanak2 tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’..


Kali pertama jumpa CT, CT terus tanya nama saya.. "Nama cikgu siapa??" tanpa berkelip mata pandang saya.. jawab saya "Nama cikgu Norazimah MDN*..." CT boleh ingat nama saya je.. nama ayah selalu aje CT lupe dan tanye berulangkali.. hehe.. panjang sangat nama ayah cikgu.. kawan2 pun ada yang lupe nama ayah cikgu.. inikan pula CT.. (^__^)

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iCaLoVeZiE said...

Saya juga punya anak autism. Boleh share info?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails